Thursday, October 17, 2019
TOPIK 6 : PENUTUP
Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menamatkan latihan industri ini dengan jayanya selama 4bulan yang bertempat GS MULTI SDN BHD. Tarikh mula latihan industri pada 9 DIS 2019 dan berakhir pada 17 mac 2020. Pada masa yang sama, saya juga dapat menyiapkan tugasan laporan latihan industri dengan sempurnanya seperti mana yang ditetapkan bagi memenuhi syarat utama SIJIL KEMAHIRAN PENYENGGARAAN MEKANIKAL.
Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana telah diberikan kesihatan yang baik sepanjang saya menjalani latihan industri ini. Dan jutaan terima kasih saya ucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya telah banyak memberi dorongan dan membantu saya sepanjang menjalani latihan industri ini. Di samping ini juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Izza selaku pensyarah dan pihak pengurusan latihan industri Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terutamanya kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang telah banyak membantu mengurus hal-hal pelajar yang menjalani latihan industri.
Seterusnya, saya ingin menzahirkan sejuta penghargaan kepada pihak pengurusan latihan industri di tempat kerja ini iaitu Steven Liow yang begitu mengambil berat tentang berkembangan ketika menjalani latihan industri ini.
Tidak lupa juga kepada seluruh pekerja-pekerja yang berada tempat kerja sama yang telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tentang perjalanan dan kerja-kerja yang dilakukan setiap unit tersebut. Ia juga banyak mengajar saya betapa pentingnya hubungan dalam melakukan kerja bersepasukan.
Akhir sekali, segala latihan dan ilmu yang telah perolehi tidak dapat diambil tanpa kerjasama antara pekerja di setiap unit yang telah saya pergi. Terima kasih kepada seluruh pekerja yang telah sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada saya walaupun sibuk dengan kerja masing-masing. Segala latihan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pekerja akan saya memanfaatkannya sebaik yang mungkin. Semoga ilmu dan latihan yang saya perolehi diberkati oleh Allah SWT. Disini juga saya meminta beribu memaafan kepada semua pekerja sekiranya terkasar bahasa dan kesilapan yang telah saya lakukan sepanjangan saya menjalani latihan industri ini.
UCAPAN TERIMA KASIH
PENGALAMAN
HARAPAN AKAN DATANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment