Thursday, October 17, 2019
TOPIK 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
DAPATAN DAN CADANGAN
DAPATAN DAN CADANGAN
Latihan Industri yang diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah yang bijak bagi memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Saya sebagai pelajar latihan industri yang telah tamat latihan industri ingin memberi dapatan dan cadangan mengenai syarikat Pusat Servis Kenderaan GS MULTI. Pendapatan ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati atau merendah pihak syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama hampir 4 bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberi komen yang membina supaya syarikat ini dapat membangun dengan lebih maju dari semua aspek.
DAPATAN
Hasil laporan ini secara keseluruhannya dapat memberi pengetahuan dan kemahiran yang berguna khususnya mengenai menservis kenderaan dan pengurusan pejabat. Sepanjang menjalani latihan industri di Pusat Servis Kenderaan GS MULTI, saya memperolehi banyak manfaat dan pemahaman lebih mendalam dalam aspek aplikasi teori dan teknikal Automotif yang amat berguna kepada seorang pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan kelak. Ini juga adalah satu lagi kelebihan berbanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain.
Dalam tempoh latihan industri ini, saya berpuas hati dengan kerjsama. Perhatian serta tunjuk ajar yang diberikan oleh pengurusan melibatan aspek teknikal dan amali. Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari minggu pertama hingga minggu terakhir telah banyak membantu pelajar dalam meningkatan prestasi, kemampuan dan mengenalpasti kekurangan yang ada disamping menambah nilai aspek sains dan aplikasi teknikal yang dipelajari di Politeknik.
CADANGAN
Latihan Industri yang telah dijalankan di sini amatlah saya hargai. Dengan ini, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan idea yang mungkin boleh digunakan oleh pihak pengurusan pada masa akan datang.
PENGALAMAN
KERJA
KOMUNIKASI
MASALAH
CABARAN
SIKAP ORANG LAIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment